fbpx

Patutlah Ramai Berlumba-lumba Nak Jual Coway…

Patutlah Ramai Berlumba-lumba Nak Jual Coway…

Sejujurnya tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjejakkan kaki ke bandar pelancongan mewah yang pesat membangun, Dubai. Apatah lagi segala kos perjalanan dan penginapan selama 5 hari di sana ditanggung sepenuhnya oleh Coway Malaysia. Terima kasih Coway!

Trip ke Dubai kali ini menghimpunkan lebih 100 orang salesperson atau lebih dikenali sebagai Health Planner (HP) dan pihak pengurusan Coway dari seluruh Malaysia yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang, mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Sebagai tanda penghargaan, mereka semua dibawa bercuti ke Dubai tanpa mengeluarkan satu sen pun. Ya, semuanya ditanggung oleh Coway!

Berminat Dan Nak Tau Lagi Mengenai Coway Health Planner (HP)?

Travel Free, Eat Free, Play Free

Penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Dubai International Airport (DXB) menaiki kapal terbang Emirates Airline mengambil masa lebih kurang 8 jam. Setibanya di sana, mereka semua dibawa ke hotel penginapan, The St.Regis yang terletak di pinggir bandar Dubai. Masa yang diberikan untuk mendaftar masuk cuma 30 minit sahaja kerana ada kejutan istimewa yang menanti kami di luar.

Ya, ini memang benar-benar terkejut! Mana tidaknya, terdapat lebih kurang 5-6 buah kereta mewah limousine sedang menunggu mereka di luar hotel. Selesai mengambil gambar bersama kereta mewah ini, mereka semua dibawa mengelilingi bandar Dubai selama lebih kurang satu jam menaiki limosin yang boleh memuatkan lebih kurang 20 orang dalam sebuah kereta.

Menjelang malam, mereka menikmati makan malam di atas kapal menyelusuri sungai di Dubai Marina. Seterusnya mereka semua dibawa menuju ke perkarangan Dubai Mall untuk menyaksikan persembahan pancuran air (Dubai Fountain) dengan cahaya pelbagai warna mengikut rentak musik. Uniknya, pancuran air ini hanya pada waktu tertentu sahaja setiap hari. Kalau terlepas, memang kena tunggu keesokannya pula!

 

Nak tercabut jantung

Hari kedua, seawal 11 pagi mereka telah tiba di Ferrari World yang terletak di Abu Dhabi. Perjalanan dari Dubai mengambil masa lebih kurang 2 jam. Hujan renyai pada pagi itu sedikit sebanyak menggusarkan perasaan kerana berkemungkinan Formula Rossa, roller coaster terpantas dunia yang merupakan tarikan utama di situ tidak dapat beroperasi. Syukur cuaca kembali cerah menjelang tengah hari dan kami sempat merasai pengalaman menaiki roller coaster dengan kelajuan 240km/h.

Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah mereka yang mengikuti trip ini. Masing-masing mengakui trip ke Dubai kali ini antara trip paling mengujakan sepanjang mereka berkhidmat bersama Coway. Sebelum ini mereka pernah ke Afrika Selatan, Italy, Korea, Hong Kong dan banyak lagi. Pendek kata, memang berjalan sakan lah budak-budak Coway ini.

Pada sebelah petang, mereka dibawa ke Emirates Palace untuk menikmati sepotong gold cake dan secawan gold coffee. Rasa macam orang kaya pula makan emas! Jangan salah sangka, emas yang dimaksudkan ialah gold flakes yang sememangnya boleh dimakan. Khabarnya untuk tea-time ini, harga untuk seorang ialah AED300 bersamaan dengan RM319.

Alang-alang sudah berada di Abu Dhabi, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke masjid ketiga terbesar di dunia, Masjid Agung Sheikh Zayed yang dibuka sepenuhnya pada 2007. Tatkala tiba, azan isyak berkumandang dan kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat sebelum bergerak pulang ke Dubai. Pelawat atau pelancong dibenarkan memasuki ke perkarangan masjid ini namun perlu melalui pemeriksaan yang ketat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pasir halus dan menaiki unta

‘Dune bashing’ adalah aktiviti wajib dilakukan jika anda semua ke Dubai. Mereka dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) selama lebih kurang satu jam meneroka Desert Safari. Bagai menaiki roller coaster! Naik turun bukit padang pasir yang curam sehingga ada antara peserta trip yang hampir muntah.

Kemudian mereka singgah di sebuah kem di tengah padang pasir bagi menikmati majlis makan malam Coway sambil dihiburkan dengan persembahan tarian Tanura. Pada majlis tersebut, pihak pengurusan Coway, Mr. Martin Lee Won Mo merangkap Chief Operating Officer dan Mr. Kenny Yew Kooi Kee, General Manager menyerahkan cenderamata kepada media yang mengikuti trip ini. Lebih manis, mereka yang lahir pada bulan Mac turut disambut hari jadi mereka dalam suasana yang meriah.

Lif terlaju di dunia

Hari kelima merupakan hari terakhir mereka berada di Dubai. Walaupun perasaan sedih mula menyelubungi diri tatkala mendaftar keluar dari hotel penginapan namun menyedari mereka akan naik ke Burj Khalifa, masing-masing kembali bersemangat! Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 828 meter. Mereka berpeluang menikmati keindahan Dubai dari menara tinjau di tingkat 124 dan 125.

Masa yang diambil untuk naik dari tingkat 1 hingga ke tingkat 124 hanya satu minit! Selain menikmati pemandangan bandar Dubai, anda juga boleh membeli barangan cenderamata eksklusif yang dijual di sini.

 

Bukan mudah tapi tak mustahil

Ternyata Dubai merupakan sebuah bandar mewah setanding negara barat. Berada di negara ini sesekali membuatkan kami keliru sama ada berada di negara Arab atau pun Amerika, dipenuhi dengan bangunan pencakar langit yang moden. Bukan mudah untuk melakukan semua ini namun ianya tidak mustahil.

Mereka sangat teruja dan sama sekali tidak percaya dengan pencapaian mereka sehingga berjaya menjejakkan kaki ke Dubai. Lebih membanggakan, ada antara mereka yang baru 6 bulan menyertai Coway namun sudah berjaya melayakkan diri menyertai trip kali ini.

Tambah mereka, jika dahulu pekerjaan yang dilakukan hanya ‘cukup makan’ untuk meneruskan kehidupan namun semuanya berubah setelah menyertai Coway. Bila ditanya berapa pendapatan bulanan yang mereka perolehi? Hampir semua dari mereka memberikan jawapan sama, “Alhamdulillah 5 angka bang”.

Berdasarkan prestasi semasa yang cukup memberangsangkan, tidak mustahil lah jika Coway mampu mencapai sasaran satu juta pelanggan menjelang penghujung 2018. Ya, memang tidak mustahil dan Coway telah membuktikannya yang mereka telah pun mencapai sasaran satu juta pelanggan pada penghujung 2018 yang lalu.

Tahniah Coway!

Berminat Dan Nak Tau Lagi Mengenai Coway Health Planner (HP)?

admin

Leave a Reply